Sunday, July 28, 2013
TANAKA POWDER
Kegunaan Tanaka Powder ni...
- Kecutkan jerawat
- Haluskan kulit
- Cerahkan kulit
- Hilangkan jeragat
- Lembutkan kulit
- Menyejukkan dan mengurangkan minyak di kulit muka
- Pelindung cahaya matahari
- Selesaikan masalah kulit bukan sahaja di muka tapi boleh digunakan satu badan
- Boleh dijadikan sebagai bedak sejuk dan foundation.
Kayu Tanaka ini sememangnya sudah terkenal sejak dahulu lagi di kalangan masyarakat luar. Ianya dipercayai boleh digunakan untuk tujuan melembutkan dan mencerahkan kulit muka.
Pada suatu masa dahulu, kayu Tanaka ini digunakan oleh golongan kerabat diraja disana untuk mencantikkan kulit.
Dipercayai kayu Tanaka ini berfungsi untuk melindungi kulit daripada pancaran matahari yang terik. Ia juga dapat menyejukkan, menyerap lebihan minyak dan menyerap peluh.
Menariknya, kayu Tanaka ini mempunyai pelbagai fungsi. Setakat ini belum ada kajian saintifik lagi mengenai kayu ini. Tetapi di Malaysia sudah ada syarikat kosmetik yang menggunakan kayu Tanaka ini sebagai asas dalam kosmetik mereka.Tidak ketinggalan, negara seperti Singapura, Filipina dan Thailand sudah tidak asing lagi dengan bedak Tanaka.